MASALAH JODOH

Jodoh antara lelaki dan perempuan sehingga mengecapi alam perkahwinan adalah satu pengalaman menakjubkan dalam perjalanan kehidupan seseorang, bagaimanapun perkara yang paling ditakuti adalah penceraian. Perkahwinan yang sihat adalah baik untuk kesihatan mental dan fizikal setiap pasangan. Malah ia juga baik untuk anak-anak, yang mana mereka boleh membesar dalam persekitaran yang bahagia boleh melindungi anak daripada masalah mental, fizikal, pendidikan dan sosial.

Berdasarkan laporan Perangkaan Perkahwinan dan Penceraian Malaysia 2018, Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan penceraian menurun 3.2 peratus (%) daripada 51,642 pada 2016 kepada 49,965 pada 2017. Walau bagaimanapun, kadar penceraian kasar (CDR) kekal pada 1.6 bagi setiap 1,000 penduduk.

Bilangan perceraian Orang Islam yang direkodkan pada 2017 adalah 39,709, penurunan 3.0% berbanding 41,030 pada 2016. CDR menurun daripada 2.1 kepada 2.0 bagi setiap 1,000 Orang Islam. Perceraian Orang Bukan Islam juga turut menurun 3.4 peratus daripada 10,612 pada 2016 kepada 10,256 pada 2017. Oleh itu, CDR bagi Orang Bukan Islam bertambah baik daripada 0.9 pada 2016 kepada 0.8 pada 2017.

Kehidupan berumah tangga tidak selalunya indah. Kadangkala, dalam hubungan suami isteri, setiap pasangan tidak terlepas daripada konflik tertentu yang menyebabkan anda berfikir mengapa anda berkahwin dengan pasangan anda. Lama-kelamaan, konflik yang tidak berpenghujung atau tanpa penyelesaian yang baik boleh mempengaruhi kepanjangan jodoh anda. Antara perkara yang mempengaruhi hubungan suami isteri adalah:

Ketagihan
Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan ketagihan termasuk penggunaan media sosial, dadah, alkohol, makanan dan membeli-belah. Tanpa sedar, sebenarnya ketagihan anda terhadap sesuatu boleh menjadi pihak ketiga dalam perkahwinan anda dan ia boleh merosakkan hubungan suami isteri. Sebagai contoh kini media sosial dikatakan sebahagian daripada kehidupan seseorang. Ketagihan sangat berbahaya kerana sekiranya anda lebih mementingkan ketagihan ini, ia boleh menjejaskan hubungan suami isteri yang mana lama-kelamaan menjadi jauh dan renggang, dan kemudiannya jodoh anda akan berakhir.

Tiada hubungan seksual
Jika anda sentiasa mencari alasan untuk tidak melakukan hubungan seks, maka jangan tanya kenapa perkahwinan anda dalam masalah. Jangan mengatakan bahawa anda tidak lagi dalam mood. Masalahnya bukan dalam mood anda, tetapi dalam sikap anda terhadap pasangan anda. Anda tidak boleh berasa baik dengan pasangan anda, jika anda sentiasa berjuang dan mengkritik satu sama lain. Anda boleh mengubah sikap anda dengan menumpukan pada perkara-perkara yang anda suka dalam pasangan anda. Dan seterusnya apabila pasangan anda memulakan hubungan seks, jangan katakan “Tidak”.

Kurang atau tiada komunikasi
Berapa banyak masa yang anda habiskan bersama bercakap antara satu sama lain, selain semasa bergaduh atau bertengkar? Kurang berkomunikasi boleh membuatkan suami isteri bermasam muka, dan menjadi lebih teruk jika anda saling mengelak untuk bercakap sesama suami isteri. Bercakap dan mendengar pendapat masing-masing akan melahirkan perasaan simpati dan lebih memahami pasangan anda. Ini juga akan membantu anda menyelesaikan masalah secara bersama. Rumah tangga tanpa berkomunikasi boleh mendatangkan andaian negatif sekaligus mencetuskan krisis.

Kuat berleter dan mengeluh
Tidak dinafikan salah seorang daripada anda mempunyai rasa tidak puas hati terhadap apa yang anda ada. Daripada rasa tidak puas hati itu, anda cenderung mempunyai sikap yang kuat meleter atau mengeluh yang akan mengakibatkan pasangan anda naik angin. Malah, kuat mengeluh juga mungkin memberi reaksi dalam jangka pendek, tetapi ia sebenarnya menyebabkan ketidakpuasan yang tinggi.

Layanan terhadap pasangan
Melepaskan kemarahan terhadap pasangan anda hanya akan mengundang bencana. Namun jika anda hanya berdiam diri dan tidak meluahkan apa-apa perasaan kepada pasangan akan mengakibatkan hubungan menjadi tawar dan membosankan. Oleh itu, gunakalah pendekatan yang sewajarnya dan setiap langkah kita haruslah bertujuan memberi kebahagian kepada pasangan kita.

Isu Kewangan
Isu kewangan merupakan faktor utama dalam pengakhiran jodoh atau penceraian. Ini kerana setiap kali mempunyai masalah kewangan, pasangan suami isteri cenderung menggunakan perkataan yang kasar sekaligus menyebabkan salah seorang dari pasangan berkecil hati.

Orang Ketiga
Pasangan anda merupakan keutamaan anda. Tanpa mengira keakraban anda dengan rakan, adik-beradik mahupun anak anda sendiri, pastikan anda bersikap adil bagi mengelakkan perasaan cemburu timbul dalam diri pasangan anda.

JIKA ANDA MENGALAMI MASALAH JODOH MAHUPUN MASALAH HUBUNGAN RUMAH TANGGA YANG HAMPIR BERLAKU PERCERAIAN , SEGERA HUBUNGI KAMI UNTUK MEMBANTU !!

 

Loading

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x