Tabib Shahrul Edzwan Bin Hamzah
Saya, Shahrul Edzwan Bin Hamzah. Di kenali sebagai Tabib Shahrul. Berasal dari Parit Buntar, Perak. Sebelum mengenali ilmu perubatan tradisional melayu islam, saya antara yang skeptikal terhadap perubatan tradisional dan hanya bergantung kepada perubatan moden.
Keinginan bermula dengan mempelajari ilmu persilatan bersama Tuan Guru Syekh Buya Shamsudin Bin Haji Ismail di bawah Pondok Darul Kifalah. Di bawah jemaah Pondok darul Kifalah, saya mula belajar ilmu fardhu ain dan asas rawatan tradisional serta petua melayu lama. Selain itu, ramai pesakit yang telah mendapat rawatan dengan Tuan Guru dan dengan izin Allah swt diberi kesembuhan menjadikan saya semakin yakin dengan ilmu perubatan tradisional melayu islam adalah antara kaedah penyembuhan.
Apa yang dipelajari telah saya praktikkan untuk diri sendiri dan keluarga kecil saya. Banyak perubahan yang dapat dirasai antaranya petua untuk melembutkan hati anak, merawat anak daripada gangguan, penjagaan pemakanan serta penjagaan diri dan keluarga dari persekitaran sosial yang semakin mencabar.
Bermula dari titik tolak ini, saya mula membawa kakak saya untuk mendapatkan rawatan penyakit kulit yang alami sekian lama. Semasa sesi rawatan, ternyata gangguan saka keturunanan antara penyebab penyakitnya tiada perubahan selain terpaksa bergantung kepada ubatan moden secara berterusan. Alhamdulillah, setelah menjalani rawatan dan mengikut nasihat perawat, penyakit yang dialami menampakkan perubahan positif yang ketara dan semakin sembuh.
Seiring dengan keinginan untuk mempelajari ilmu warisan tradisional melayu yang semakin pupus ditelan zaman, saya semakin serius untuk mempelajari ilmu warisan tradisional melayu Islam. Walaupun mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan, minat dan keinginan untuk memartabatkan ilmu warisan tradisional bukanlah satu perkara asing untuk menceburi bidang ini. Apa yang saya harapkan adalah supaya dengan ilmu dan pengalaman saya yang sedikit ini dapatlah kiranya saya sampaikan manfaat tentang ilmu perubatan tradisional melayu Islam.
Nasihat saya, bagi mereka diluar sana yang ingin berubat secara tradisional bagi segala jenis penyakit, atau pun yang telah berputus asa dengan perubatan moden segeralah mendapatkan rawatan secara tradisional melayu Islam pula kerana kesembuhan itu sepenuhnya milik ALLAH s.w.t
Saya merupakan ahli Pertubuhan Pengamal Perubatan Warisan Tradisional Malaysia, No. Pendaftaran AS/K-B0000012. Memiliki SKM daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan berdaftar dengan KKM dalam bidang Perubatan Tradisional Melayu.
Antara rawatan yang saya sediakan adalah:
URUT SELURUH BADAN
URUTAN SARAF
URUTAN BATIN
URUTAN PESAKIT STROK
BEKAM ANGIN
BEKAM DARAH