Tabib Ustaz Muhamad Nazim Bin Rosmin

Nama yang diberi ialah Muhamad Nazim Bin Rosmin. Saya berasal dari Bukit Kapar Selangor dan telah disekolahkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar pada tahun 2006 sehingga tahun 2012. Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Agama Menengah Nurul iman dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin klang.

Sebelum berkecipung di dalam dunia perubatan secara rasminya di bawah pimpinan Tuan Guru Syekh Buya Shamsudin, saya telah biasa hidup dalam dunia perubatan dan kebatinan kerana kedua-dua datuk saya merupakan seorang bomoh dan telah mengubati ramai manusia dari sahabat sehingga saudara. Dengan sebab itu ia menjadikan saya meminati dunia perubatan dan kebatinan.

Alhamdullilah saya telah bertemu dengan Tuan Guru Syekh Buya Shamsudin Bin Ismail untuk mempelajari ilmu persilaan pada awalnya dan seterusnya saya berminat untuk mempelajari ilmu Perubatan Tradisional Melayu dibawah bimbingan Tuan Guru saya .

Ilmu yang saya pelajari ialah ilmu urutan tradisional, bekam serta ruqyah arab. Alhamdullilah saya telah merawat ramai pesakit yang rata ratanya adalah daripada gangguan makhluk halus. Segala solusi dan cadangan akan diberikan kepada pesakit sebagai ikhtiar kepada penyembuhan.

Semoga ilmu yang bermanfaat ini dapat dikongsikan dan membantu orang ramai pada masa akan datang.

Jika anda mempunyai masalah penyakit yang sukar diubati walau jumpa doctor pakar sekalipun tapi tiada kurang baiknya , nasihat saya agar segeralah berubat dengan saya sebelum terlambat. Kita hanya berikhtiar selebihnya hanya Allah juga Maha Menyembuhkan.

Terima kasih kerana menyinggah website saya . jom ke page sebelah 😊

Maklumat Lanjut

Sila tekan butang di bawah