Tabib Ustaz Muhammad Ferdaus Bin Mohd Nordin

Nama saya Muhammad Ferdaus Bin Mohd Nordin. Gelaran panggilan dalam persilatan Timbalan Datok Mahaguru dan dalam perubatan Tabib Ustaz Ferdaus.

Bermula berguru dari tahun 2010 hingga kini dalam persilatan Pertubuhan Seni Silat Pencak Gayong Kifalah Malaysia.

Ilmu perubatan pula bermula 2012 hingga kini selepas 2 tahun berguru dalam persilatan. Mula berminat dalam ilmu perubatan selepas mengikuti Tuan Guru Syekh Buya dalam membantu merawat pesakit yang di sihir dan hampir membunuh diri. Alhamdulillah selepas dirawat oleh Tuan Guru pesakit sembuh. Di situlah bermulanya minat dalam ilmu perubatan demi membantu masyarakat dan ahli keluarga sendiri jika mengalami sakit yang tak dapat dirawat secara moden.

Antara rawatan yang saya jalankan adalah, urutan tradisional, bekam sunnah, bekam api,bekam herba,rawatan tradisional melayu untuk gangguan jin.

Serta mempunyai kelulusan dalam sijil kemahiran malaysia dari jabatan pembanggunan kemahiran dan telah berdaftar bawah kementerian kesihatan malaysia dalam bidang tradisional melayu.

Saya juga merupakan ahli pengamal perubatan warisan tradisional malaysia no pendaftaran as/k-b0000012.

Banyak pengalaman kami telah berjumpa dengan kes-kes pesakit berat yang telah berulang alik ke hospital tetapi masih belum dapat  keputusan berkenaan penyakit yang dialami. Dengan izin Allah jua setelah berikhtiar dengan kami penyakit yang dialami pesakit dapat dirungkai asbab sakit dan diizin Allah sembuh.

Dan ada juga kes yang tak sempat dirawat sebab dah sangat-sangat kritikal. Masa dalam perjalanan kepusat rawatan pesakit meninggal dahulu.atau perjalanan kami ke hospital untuk merawat pesakit.

Nasihat kami rawat lah sebelum terlambat.

Dan ada juga doktor, pegawai farmasi, ustaz-ustaz juga ada datang merawat disini setelah berikhtiar secara moden rawatan di tempat lain.

Rawatan yang kami jalankan berlandaskan al-quran & sunnah ,qias & ijmak ulamak. Tiada unsur terpesong  sesat atau syirik.

Jika anda semua berminat ingin Bersilat atau Perawat boleh lah hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.

BERSILAT BERAMAL BERUBAT

BERUSAHA BERDOA BERTAWAKKAL

BERSERAH DAN MENGHARAP HANYA PADA ALLAH

Maklumat Lanjut

Sila tekan info lanjut di bawah untuk mendapat maklumat lanjut tentang ustaz.

Maklumat Lanjut

Sila tekan butang di bawah