PEMULIHAN PERNIAGAAN

#1 Hangat-hangat Tahi Ayam
Mula-mula memang semangat habis tapi semakin lama anda merasakan bahawa anda semakin hilang minat terhadap bisnes yang anda lakukan. Apatah lagi bila timbul masalah, lagilah anda tidak mempunyai minat untuk meneruskan bisnes anda..

#2 Tidak cukup wang
Untuk menguruskan sesebuah bisnes, anda perlu mempunyai wang yang cukup lebih-lebih simpanan untuk waktu kecemasan. Tetapi dengan ketiadaan wang, bagaimana anda boleh mempertahankan bisnes anda sendiri daripada terumbang-ambing? Wang adalah amat perlu untuk mengukuhkan kewangan bisnes anda.

#3 Terlebih Pandai dan Yakin
Ini adalah satu penyakit yang tidak patut ada pada setiap peniaga. Masalah terlebih pandai. Jika anda rasa anda buat semua perkara dengan betul, tidak mengapa. Tapi sekiranya anda mengalami masalah, dan anda tidak mahu mendengar kata-kata orang lain kerana anda berasa anda sangat ‘pandai’. Bahaya penyakit ini.

#4 Tidak mempunyai ilmu 
Salah satu kesilapan oleh setiap peniaga ialah anda menjual barang atau produk yang anda sendiri tidak tahu langsung mengenainya. Peniaga kena tahu serba sedikit tentang ilmu berniaga. Tidak boleh main redah sahaja.

#5 Cepat……….Putus Asa
Susah kalau orang yang cepat putus asa ini. Lagi-lagi apabila anda mempunyai bisnes yang baru saja naik. Adat berniaga pasti ada sahaja masalah yang akan datang. Bak kata pepatah, ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam’. Susah nak jangka apa yang akan jadi. Tapi kalau anda sendiri ada sifat putus asa, susah bisnes anda nak pergi jauh bila anda ada masalah.

#6 Jual produk tidak berkualiti
Selain itu, bisnes juga boleh bermasalah sebab produk tak berkualiti. Apabila produk anda bermasalah, susah anda nak dapatkan pelanggan yang setia. Malah, anda juga sukar untuk meraih kepercayaan pelanggan. Anda sepatutnya memberikan produk yang berkualiti kepada pelanggan anda. Kalau tidak, pelanggan memang susah nak lekat.

#7 Tiada strategi pemasaran
Pemasaran merupakan salah satu cabang nadi perniagaan. Peniaga yang tidak memahami dan menggunakan strategi pemasaran yang baik berkemungkinan menjadikan bisnes mereka…..lingkup. Ini kerana anda perlu pemasaran untuk memastikan kelangsungan bisnes anda.

#8 Kesabaran senipis kulit bawang
Kurang sabar adalah sikap yang cukup bahaya. Apatah lagi sekiranya anda berdepan dengan tekanan dengan perjalanan bisnes anda. Apabila anda kurang sabar, anda mudah membuat keputusan dengan tergesa-gesa dan tanpa pertimbangan yang mendalam.

#9 Tidak pandai uruskan kewangan
Masalah dalam menguruskan kewangan mungkin ada pada diri sesetengah peniaga baru. Sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam menguruskan kewangan, mintalah nasihat daripada mereka yang pakar. Kewangan perniagaan boleh terancam sekiranya anda tidak mengambil berat akan soal kewangan.

#10 Sikap malas
Sikap malas dalam diri peniaga tidak patut ada dalam diri peniaga. Bayangkanlah bagaimana perniagaan anda boleh maju kalau anda asyik berkata, “malaslah….” untuk setiap benda?

#11 Hubungan majikan dan pekerja tidak baik
Pekerja merupakan tulang belakang kepada sesebuah organisasi. Tanpa pekerja yang baik dalam mengendalikan tugas mereka, peniaga tidak dapat menjalankan perniagaan dengan baik. Malah, kalau hubungan anda dengan pekerja tidak baik, anda pasti boleh meneka bagaimana pekerja anda boleh berkerja dengan baik.

#12 Beri khidmat pelanggan yang bermasalah
Kalau ada asyik mendengar aduan daripada pelanggan anda, faham-faham sahajalah.

Loading

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x