URUT TRADISIONAL WANITA

Satu rawatan alternatif dunia perubatan bagi merawat pelbagai penyakit, sama ada penyakit baru, lama, ringan mahupun kronik.

Pada dasarnya, urutan bererti satu sentuhan berseni kepada tubuh badan atau bahagian yang memerlukan urutan. Urutan juga dapat memanipulasi tisu-tisu lembut pada tubuh untuk meredakan ketegangan otot dan kesakitan dengan meningkatkan pengaliran darah.

Urutan adalah tekanan yang dapat menyeimbangankan tenaga dalam badan dan membuang angin.

Namun, harus diingatkan bahawa untuk mendapatkan hasil yang baik kita sepatutnya melakukan urutan dengan sistematik dan teratur.

Aktiviti mengurut sebaiknya dilaksanakan pada waktu pagi atau petang dan tidak digalakkan pada waktu tengahari kerana dipercayai urat akan menjadi keras pada waktu tersebut.

FAEDAH URUTAN UNTUK WANITA

  1. Melancarkan perjalanan darah
  2. Memberi ketenangan dan kesegaran tubuh
  3. Menaikkan seri kecantikan tubuh dan wajah
  4. Membetulkan urat saraf
  5. Buang angin dalam badan 
  6. Mengurangkan insomnia
  7. Kurangkan rasa gelisah dan tekanan
  8. Melegakan rasa sakit-sakit badan dan memulihkan otot-otot lemah.
  9. Membetulkan dan menaikkan rahim.
  10. Menggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.
  11. Mencegahkan tekanan ibu berpantang (Postnatal Depression)
  12. Mengembalikan bentuk badan selepas bersalin

Loading

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Shahrul
Shahrul
1 year ago

Info bermanfaat

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x