Ramai beranggapan strok adalah penyakit yang menyerang orang tua.
Namun ramai yang tak sedar bahawa strok juga boleh terjadi di kalangan golongan muda, seawal 30 tahun.
Strok dikenali sebagai keadaan di mana kekurangan atau penyempitan pengaliran darah ke bahagian otak sehingga menyebabkan kematian otak . Strok juga turut dipanggil sebagai angin ahmar.
Perlu tahu bahawa penyakit ini amat merbahaya dan boleh mengakibatkan kecacatan kekal.
Apatah lagi bilangan pesakit juga semakin bertambah beserta dengan jumlah kematian.
Terdapat dua jenis strok yang anda perlu tahu dan bezakan.
1. Strok Berdarah
Ia turut dikenali sebagai Haemorrhagic Stroke, satu keadaan di mana saluran arteri atau pembuluh darah di otak pecah kemudian menyebabkan pendarahan berlaku.
Apabila keadaan ini terjadi, darah akan meresap masuk ke dalam tisu otak, menyebabkan kerosakan kepada sel-sel lain yang terdapat pada otak.
Apabila ini terjadi, otak gagal berfungsi dengan normal.
2. Strok Iskemia
Strok jenis ini berlaku apabila saluran darah menjadi sempit kerana kandungan kolestrol dan sisa-sisa lain.
Ketulan-ketulan ini menyebabkan gangguan perjalanan darah kepada bahagian otak.
Punca strok juga terbahagi kepada dua, iaitu yang tidak boleh diubahsuai dan yang boleh diubahsuai.
Punca strok yang tidak boleh diubahsuai adalah:
1. Usia; semakin meningkat usia seseorang, maka semakin meningkat juga risiko seseorang itu mendapat strok.
2. Keturunan; risiko untuk seseorang mendapat strok juga semakin tinggi jika ada ahli keluarganya pernah mengidapnya.
3. Jantina; kaum lelaki lebih berisiko tinggi untuk mendapat serangan strok.
Punca strok yang boleh diubahsuai adalah:
1. Mengawal berat badan.
2. Mengubah gaya hidup seperti tidak merokok dan tidak mengambil alkohol.
3. Pengambilan makanan juga perlu seimbang, dengan mengurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kurang serat.
4. Mengawal kemelaratan penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis.
5. Mengawal tekanan atau stres.
Simptom Strok
Di antara simptom yang boleh dirasai jika seseorang mengalami strok adalah:
• Berasa kebas atau lemah secara tiba-tiba pada muka, lengan atau kaki, terutamanya jika ia berlaku pada sebelah bahagian badan sahaja.
• Daya ingatan yang semakin berkurang.
• Sukar untuk bercakap dan kurang memahami apa yang diperkatakan.
• Sukar untuk menelan makanan dan minuman.
• Kurang sedar, pengsan dan keliru.
• Sukar untuk melihat dengan sebelah mata atau kedua-duanya.
• Tidak stabil apabila berjalan dan hilang keseimbangan badan.
• Kelopak mata menjadi layu.
Bagaimanapun terdapat tambahan gejala bagi individu yang menghidap strok pendarahan.
Ia diakibatkan oleh tekanan di tengkorak kepala secara mendadak.
• Sakit kepala secara tiba-tiba dan semakin teruk.
• Loya dan muntah.
• Sakit di leher.
Keadaan akan menjadi semakin kritikal jika aliran darah yang mengalir berhenti ke otak dan peluang untuk pulih adalah tipis.
Bagaimanapun ada yang pulih dalam tempoh 24 jam selepas mengalami gejala-gejala yang disebut di atas.
Digelar sebagai ‘transient ischemic attack’ (TIA), ia tidak boleh dipandang remeh ia merupakan amaran awal bahawa keadaan strok yang lebih serius boleh berlaku.
KURSUS BEKAM SUNNAH
Jom tambah pendapatan & rawatan diri serta keluarga dengan mempelajari ilmu rawatan Tradisional kaedah Islam
Sila isi maklumat & kami akan hubungi anda :