KEMURUNGAN

Apa itu kemurungan?

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan  seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan , keletihan dan ketiadaan  tenaga , cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian .berlarutan  sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur  ,jantina atau bangsa.Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan – bulan atau bertahun – tahun.

Penyebab / Punca Kemurungan

  • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)
  • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya
  • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial
  • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episode kemurungan .
  • Penyakit – penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroidhypothyroidsm boleh menyebabkankemurungan
  • Corak pemikiran :terdapat corak tertentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan . Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri , kehidupan dan dunia keseuruhannya.
  • Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak , menghidap penyakit serius / tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut.
  • Kehilangan orang yang disayangi dan
  • Baru melahirkan anak

Tanda-tanda dan gejala kemurungan

  • Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti – aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
  • Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
  • Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
  • Perasaan bersalah
  • Rasa diri tidak berguna
  • Gangguan tidur , bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
  • Hilang selera makan dan penurunan berat badan
  • “Rasa lebih baik mati”, kadang kala disertai dengan percubaan bunuh diri
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah
  • Kurang daya tumpuan dan ingatan
  • Sukar membuat keputusan
  • Simptom fisiologi seperti sakit kepala , sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman
  • Kurang nafsu seksual
  • Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
  • Mudah cemas atau fobia

 

Siapa yang berisiko

  • Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan
  • Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hipertensi, Sakit Buah Pinggang,Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan)
  • Hilang anggota tubuh badan secara tiba – tiba
  • Kematian orang yang disayangi secara tiba- tiba
  • Perceraian
  • Masalahrumahtangga
  • Masalah keluarga
  • Penyalah gunaan dadah dan arak
  • Pengambilan ubat – ubatan tertentu
  • Mangsa penderaan
  • Tekanan di tempat kerja
  • Pernah mengalami penderaan semasa kanak – kanak
  • Kecenderungan mudah risau atau bimbang
  • Perasaan sedih semisa dalam pantang (selepas bersalin)
  • Krisis ekonomi

 

Kesan sampingan

  • Mulut kering : minum air yang banyak , kunyah gula – gula getah yang kurang gula , bersih kan gigi setiap hari
  • Sembelit : makan bijirin,buah prune, buah-buahan dan sayur – sayuran
  • Masalah pundi kencing
  • Masalah seksual
  • Penglihatan yang kabur
  • Pening

 

KURSUS BEKAM SUNNAH

Jom tambah pendapatan & rawatan diri serta keluarga dengan mempelajari ilmu rawatan Tradisional kaedah Islam

Sila isi maklumat & kami akan hubungi anda :

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.

Loading

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x