Dissociative Identity Disorder (DID) bermaksud kecelaruan identiti juga dikenali sebagai Multiple Personality Disorder bukanlah suatu penyakit yang lazim. DID adalah proses mental yang menyebabkan kecelaruan personaliti dalam diri seseorang iaitu seseorang itu mempunyai lebih daripada satu personaliti dalam diri mereka yang mana setiap personaliti itu adalah berbeza antara satu sama lain. Personaliti berbeza yang terdapat dalam diri penghidap DID ini dipanggil ‘Alters’. Apabila disebut tentang personaliti yang berbeza, tentu kita akan terlintas tentang kes-kes histeria ataupun kerasukan. Histeria atau kerasukan merupakan suatu keadaan minda seperti ketakutan atau emosi yang tidak terkawal (www.ms.wikipedia.org). Apabila kita berada di dalam keadaan terlampau atau terlalu gembira ataupun sedih, segala memori ini akan masuk dengan mudah dari minda sedar ke dalam minda separa sedar. Permasalahan kajian bagi kajian ini adalah perkaitan di antara DID dan juga kerasukan dari perkspektif sains dan juga konteks agama. Melihat kepada permasalahan ini, perlunya suatu kajian untuk membahas dan meneliti latar belakang kes-kes DID dan juga kes-kes kerasukan. DID adalah penyakit mental yang kurang mendapat perhatian berbanding penyakit-penyakit lain seperti schizophrenia dan kemurungan manakala segala kes-kes kerasukan pula akan dikaitkan dengan teori-teori dan mitos-mitos mistik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mana pengkaji akan menjalankan temu bual berstruktur separa bagi memahami makna yang diberikan oleh responden terhadap fenomena sosial yang berlaku ini.