MASALAH RUMAH TANGGA

Setiap dari kita tidak dapat lari daripada masalah yang kecil mahupun besar. Begitu juga dengan kehidupan rumahtangga. Pasangan mana yang mahu rumahtangga yang dibina musnah di tengah jalan lagi-lagi jika perkahwinan yang di bina itu masih baru dengan merah inai belum tanggal habis di jari tangan.

 

Zaman sekarang banyak sangat perkara kecil atau besar yang begitu mudah mengganggu kehidupan berumah tangga hingga boleh meyebabkan kepada berlakunya penceraian. Kadang-kadang masalah tu terlalu remeh pada tahap yang tidak masuk akal tapi boleh menjadi salah satu punca untuk berpisah dari ikatan akad dan nikah.

 

Makin menyedihkan apabila semakin banyak pasangan memilih untuk bercerai daripada berusaha untuk menyelamatkan rumahtangga masing-masing. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya ilmu rumahtangga dan ia juga mungkin terjadi disebabkan oleh sikap si pasangan itu sendiri yang terlalu mementing diri.

 

10 Punca Masalah Rumahtangga Yang Boleh Menyebabkan Penceraian

#1 – Kurang Komunikasi

Perkahwinan adalah perjanjian hidup antara dua orang insan maka jika di dalam perkahwinan sudah tidak ada komunikasi, bagaimana nak hidup bersama dengan harmoni. Masing-masing dengan hal sendiri. Tidak tahu apa yang berlaku antara suami isteri. Hanya bercakap apabila perlu dan bila bercakap ada sahaja yang tak kena dan sering berlaku salah faham. Sangat menyusahkan.

 

#2 – Tidak Setia Dan Berlaku Curang Di Belakang Pasangan

Curang adalah masalah yang  paling kerap kita dengar sebagai punca utama yang boleh berakhir dengan penceraian. Sudah ada isteri tapi main kayu tiga di belakang isteri. Tidak puas hati dengan isteri yang ada masih ingin jalinkan hubungan baru dengan perempuan lain. Ada juga kes di mana si isteri sendiri berlaku curang dengan kembali bermesra dengan kekasih lama.

 

#3 – Cepat Berasa Bosan

Kerap kita dengar salah satu punca masalah penceraian lain adalah apabila suami isteri ini merasa bosan dengan pasangan masing-masing. Ini sering berlaku kepada pasangan yang telah lama bersama. Kenapa mesti ini berlaku? Tidak terfikirkan segala susah payah yang telah diharungi bersama sebelum ini.

 

#4 – Belum Bersedia Untuk Memasuki Alam Rumahtangga

Nak berkahwin tapi tak bersedia. Bila tengok orang berkahwin, mereka pun ingin berkahwin. Walaupun bersungguh-sungguh hendak berkahwin, mereka tidak sedar bahawa mereka tidak bersedia dari segi fizikal dan mental. Akhirnya satu perkahwinan yang terbina berakhir dengan penceraian.

 

#5 – Tiada Sefahaman Yang Baik

Masalah yang boleh membawa kepada penceraian bila ketidaksefahaman boleh berlaku kerana pasangan tidak boleh lagi bertentang mata, tidak boleh bercakap antara satu sama lain atau jika mereka bercakap pasti boleh mendatangkan pergaduhan.

 

#6 – Mengalami Masalah Kewangan

Masalah penceraian ini didorong kerana tekanan dan tidak cukup sumber pendapatan. Bila keluarga semakin membesar, perbelanjaan pun akan bertambah. Kadang tu jumlah perbelanjaan hanyalah sekadar cukup-cukup makan saja.

Ya, sememangnya wang tak boleh beli kebahagiaan tapi dengan keadaan ekonomi sekarang, wang memang amat penting dan bila mana sumber pendapatan tak mencukupi, ia boleh membawan masalah ini kearah penceraian.

#7 – Ketidakupayaan Dari Segi Seksual

Jangan dipandang remeh dengan masalah ini. Mungkin ada yang kata biasa saja tapi masalah ni boleh mendatangkan masalah kepada suami isteri. Hubungan seksual adalah keperluan yang mesti dipatuhi dengan penuh kerelaan di antara suami dan isteri

 

#8 – Kurang Rasa Tanggungjawab Dan Kasih Sayang

Pertelingkahan di dalam rumahtangga berlaku bila satu-satu pihak tidak ada tanggungjawab dan tidak menjalankan kewajipannya yang sempurna dalam kehidupan rumahtangga.

 Kasih sayang di antara suami isteri pula perlu sentiasa dipupuk supaya sentiasa mekar dan bersemarak. Jika suami isteri gagal atau tidak berusaha ke arah tersebut ia akan semakin pudar dan berkurangan.

#9 – Lebih Suka Mementingkan Diri Sendiri Berbanding Pasangan

Ini 1 lagi punca masalah penceraian. Setiap pasangan tidak patut ada sifat sebegini. Orang yang penting diri hanya fikir tentang kemahuan diri mereka sahaja tanpa memikirkan tentang kemahuan pasangan mereka.

 

#10 – Kerap Bergaduh Hingga Melibatkan Penderaan Fizikal (Pukul)

Tidak kira samaada suami atau isteri, penderaan fizikal dan metal amat menyakitkan. Akibat dari penderaan ini boleh membawa kepada petengkaran seterusnya penceraian. Tapi awas jangan mudah-mudah naik tangan ke atas isteri kerana pukul isteri sekarang sudah dianggap sebagai keganasan rumahtangga yang boleh membawa kepada kes polis. Jika isteri membuat report alamatnya si suami akan terpaksa merengkok dalam penjara

JIKA ANDA MENGALAMI MASALAH RUMAH TANGGA . SILA HUBUNGI KAMI SEGERA SEBELUM TERLAMBAT !!

KLIK ICON DIBAWAH

 

 

Loading

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x