Apa itu kemurungan?
Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan , keletihan dan ketiadaan tenaga , cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian .berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur ,jantina atau bangsa.Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan – bulan atau bertahun – tahun.
Penyebab / Punca Kemurungan
- Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)
- Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya
- Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial
- Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episode kemurungan .
- Penyakit – penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroidhypothyroidsm boleh menyebabkankemurungan
- Corak pemikiran :terdapat corak tertentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan . Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri , kehidupan dan dunia keseuruhannya.
- Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak , menghidap penyakit serius / tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut.
- Kehilangan orang yang disayangi dan
- Baru melahirkan anak
Tanda-tanda dan gejala kemurungan
- Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
- Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti – aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
- Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
- Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
- Perasaan bersalah
- Rasa diri tidak berguna
- Gangguan tidur , bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
- Hilang selera makan dan penurunan berat badan
- “Rasa lebih baik mati”, kadang kala disertai dengan percubaan bunuh diri
- Rasa tidak tenteram dan mudah marah
- Kurang daya tumpuan dan ingatan
- Sukar membuat keputusan
- Simptom fisiologi seperti sakit kepala , sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman
- Kurang nafsu seksual
- Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
- Mudah cemas atau fobia
Siapa yang berisiko
- Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan
- Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hipertensi, Sakit Buah Pinggang,Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan)
- Hilang anggota tubuh badan secara tiba – tiba
- Kematian orang yang disayangi secara tiba- tiba
- Perceraian
- Masalahrumahtangga
- Masalah keluarga
- Penyalah gunaan dadah dan arak
- Pengambilan ubat – ubatan tertentu
- Mangsa penderaan
- Tekanan di tempat kerja
- Pernah mengalami penderaan semasa kanak – kanak
- Kecenderungan mudah risau atau bimbang
- Perasaan sedih semisa dalam pantang (selepas bersalin)
- Krisis ekonomi
Kesan sampingan
- Mulut kering : minum air yang banyak , kunyah gula – gula getah yang kurang gula , bersih kan gigi setiap hari
- Sembelit : makan bijirin,buah prune, buah-buahan dan sayur – sayuran
- Masalah pundi kencing
- Masalah seksual
- Penglihatan yang kabur
- Pening
KURSUS BEKAM SUNNAH
Jom tambah pendapatan & rawatan diri serta keluarga dengan mempelajari ilmu rawatan Tradisional kaedah Islam
Sila isi maklumat & kami akan hubungi anda :