DIABETES / KENCING MANIS

 

DIABETES / PENYAKIT KENCING MANIS 

Diabetes adalah masalah kesihatan yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk Malaysia. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat kira-kira 3.6 juta penghidap diabetes mellitus di negara ini. Malaysia bukan sahaja menduduki tangga pertama di carta Asia Tenggara malah juga merupakan salah sebuah negara yang memiliki jumlah pesakit diabetes tertinggi di seluruh dunia. Perkara ini amat membimbangkan kerana anggaran jumlah pesakit pada tahun 2025 boleh mencecah kira-kira 7 juta jika ia tidak dibendung.

Oleh itu, marilah kita mengenali apa itu diabetes mellitus atau kencing manis dengan lebih mendalam menerusi artikel ini.

Apa itu diabetes mellitus

Penyakit kencing manis atau diabetes adalah satu masalah kesihatan kronik yang merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah atau juga dikenali sebagai gula darah. Ia berlaku kerana sama ada tubuh kita tidak menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan.

Tanpa pengurusan yang berterusan dan terkawal, ia boleh menyebabkan pembentukan gula dalam darah.

Keadaan ini sekali gus boleh meningkatkan risiko mendapat komplikasi berbahaya dan merosakkan pelbagai organ seperti sistem saraf, mata, buah pinggang, termasuk sakit jantung dan strok. Beberapa jenis diabetes adalah sudah dikenal pasti, tetapi yang lazim menerima rawatan ialah diabetes jenis satu dan jenis dua.

Kedua-dua keadaan tersebut sangat berbeza dari segi punca, rawatan dan pencegahan.

Ciri-ciri di bawah merupakan panduan kasar untuk mengenal pasti perbezaan diabetes jenis 1 dan jenis 2.

 

APA ITU DIABETES MELLITUS JENIS 1

Biasanya didiagnosis semasa kanak-kanak . Tidak semestinya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan . Biasanya dikaitkan dengan kadar keton yang tinggi, komplikasi dikenali sebagai ketoasidosis diabetic . Dirawat dengan suntikan atau pam insulin .Sukar dikawal tanpa pengambilan insulin

APA ITU DIABETES MELLITUS JENIS 2

Biasanya didiagnosis pada umur 30 tahun ke atas . Lazimnya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan. Seringkali berkaitan dengan tekanan darah dan/atau tahap kolesterol yang tinggi Rawatan awal adalah perubahan gaya hidup, tanpa perubatan atau pil . Berkemungkinan dirawat tanpa ubat-ubatan diabetes

Berikut adalah beberapa tanda awal kencing manis yang boleh berlaku kepada seseorang individu sekiranya dia menghidap penyakit ini. Antara tanda diabetes adalah:

  1. SENTIASA BERASA LAPAR
    Makanan yang dimakan akan ditukar kepada glukosa dan dibawa masuk ke dalam sel badan untuk dijadikan sebagai sumber tenaga. Walau bagaimanapun, insulin diperlukan untuk mengangkut glukosa untuk kegunaan sel-sel badan. Jika badan anda tidak menghasilkan insulin yang cukup atau tiada langsung, atau sel badan anda menghalangi insulin tersebut, maka glukosa tidak dapat masuk dan tenaga tidak dapat dihasilkan.

Situasi ini sekali gus akan mengakibatkan anda berasa lapar, seterusnya akan menyebabkan keletihan.

      2. KEHILANGAN BERAT BADAN
Penghidap diabetes adalah lebih sensitif dengan berat badan berbanding individu lain. Berat badan yang berlebihan merupakan faktor risiko untuk diabetes. Walau bagaimanapun, kehilangan berat badan juga merupakan salah satu tanda awal. Anda akan kehilangan kalori dalam air kencing dan tidak menyerap semula kalori daripada gula dalam darah. Bagi individu yang mempunyai diabetes yang mula mengawal kadar glukosa mereka, ia mungkin akan menyebabkan kehilangan berat badan. Namun, keadaan ini bermakna tahap glukosa dalam badan menjadi seimbang.

       3. KERAP KENCING

Secara purata, bagi seseorang individu normal yang sihat akan kencing antara 4 hingga 7 kali sehari. Walau bagaimanapun, pesakit kencing manis biasanya akan kencing lebih daripada bilangan tersebut. Ia merupakan salah satu tanda utama diabetes. Apabila ginjal menapis darah untuk menghasilkan air kencing, gula yang diserap akan balik ke dalam aliran darah. Gula dalam darah bagi penghidap diabetes adalah lebih daripada paras normal dan tidak semua akan diserap balik ke dalam aliran darah. Oleh itu, tidak semua gula dapat diserap semula dan sebahagian daripada glukosa berlebihan daripada darah akan dilepaskan dalam air kencing. Oleh sebab gula menarik air, ia akan mengakibatkan jumlah air kencing lebih banyak daripada biasa. Keadaan ini sekali gus akan menyebabkan anda lebih kerap berasa dahaga. Ini merupakan tanda awal kencing manis yang boleh dikenal pasti.

       4. KERAP BERASA HAUS
Seperti yang dihuraikan di atas, pesakit diabetes terutamanya jenis satu sering kali ke tandas untuk membuang air kecil. Individu yang banyak kali membuang air akan lebih kerap berasa dahaga.

      5. PENGLIHATAN MENJADI KABUR
Perubahan paras cecair di dalam badan anda mengakibatkan kanta pada mata anda membengkak. Keadaan ini sekali gus menyebabkan berlakunya perubahan bentuk pada kanta mata dan membuatkan anda mengalami kesukaran untuk fokus.

       6. SENANG BERASA KELETIHAN YANG MELAMPAU
Bagi pesakit diabetes, terutama sekali diabetes jenis dua, keletihan yang melampau boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

Tahap gula darah yang tinggi, sama ada kerana kekurangan hormon insulin atau kerintangan badan terhadap insulin boleh mempengaruhi kemampuan tubuh untuk memindahkan glukosa daripada darah ke dalam sel bagi keperluan tenaga . Individu yang mengambil perubatan diabetes yang lebih kuat juga mungkin mengalami keletihan sebagai tanda tahap gula darah rendah
Berat badan yang berlebihan bagi penghidap diabetes jenis dua

     7. LUKA YANG LAMBAT SEMBUH
Tanda awal lain diabetes adalah luka yang mengambil masa untuk sembuh. Antara sebab luka sukar sembuh adalah kerana kadar gula dalam darah pada badan pesakit terlalu tinggi. Keadaan ini cenderung merosakkan dan mengganggu fungsi saraf, mengurangkan sistem imunisasi badan dan mengakibatkan proses aliran darah menjadi kronik. Kesan daripada gangguan yang berlaku, ia akan melambatkan proses penyembuhan jaringan sel dan tisu badan yang terluka serta mengalami kerosakan.

CADANGAN KAEDAH RAWATAN :

JIKA ANDA BERHAJAT UNTUK BERUBAT DENGAN SAYA , SILA PILIH ICON DI BAWAH :

 

KURSUS BEKAM SUNNAH

Jom tambah pendapatan & rawatan diri serta keluarga dengan mempelajari ilmu rawatan Tradisional kaedah Islam

Sila isi maklumat & kami akan hubungi anda :

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.

Loading

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jai
Jai
1 year ago

Terbaik

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x