Cik Athirah

Nama yang diberi ialah Nur Athirah, panggil saya cik ira saja. Pekerjaan saya disini sebagai ADMIN di Pusat Rawatan Warisan Tradisional Klang. Berasal dari perak dan kini menetap di Kapar, Klang.

Sedikit perkongsian dan pengalaman dari saya. saya merupakan bekas pesakit yang telah mendapatkan rawatan di sini.

Pada mulanya saya tidak sedar yang saya sakit agak serius. Bermulanya episod saya keluar masuk hospital berulang kali. Saya mengalami sakit perut yang teruk sehingga sukar untuk berjalan. Jantung selalu berdebar, sakit kepala dan sukar untuk bernafas.

Apabila mendapatkan rawatan dihospital doktor sahkan saya tiada apa apa masalah kesihatan yang serius. Hari demi hari keadaan kesihatan saya semakin kritikal dan saya mengambil keputusan untuk berubat secara tradisional.

Bertahun tahun sakit, bermacam cara sudah saya ikthtiar namun belum berjodoh untuk sembuh. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah,  Asbab menerima rawatan di sini saya pulih seperti sediakala. Rawatan demi rawatan saya ikthtiar termasuk rawatan susulan sehingga saya benar benar sembuh. Namun saya tidak berputus asa kerana banyak perubahan yang berlaku pada diri saya. Saya semakin sihat.

Saya mengucapkan Terima Kasih pada Tuan Guru Syeikh Buya Shamsudin Bin Hj Ismail kerana telah merawat saya sehingga saya benar benar sembuh. Banyak ilmu, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang saya menerima rawatan disini.

Mula minat dalam menceburi bidang rawatan setelah saya diberi peluang untuk bekerja disini. Alhamdulillah kini sudah setahun saya disini. Saya ingin membantu masyarakat diluar sana untuk sihat seperti sediakala dan bebas dari gangguan jin, saka, sihir, santau dan banyak lagi.

Gangguan makhluk halus terhadap manusia sememangnya wujud dan tidak dinafikan. Percaya atau tidak ianya memang wujud dalam masyarakat kita dari zaman tok nenek sehingga ke hari ini. Nasihat saya jika anda sakit atau ada simptom yang pelik segerlah dapatkan rawatan . Jika sudah teruk lambat nak sembuh. Sedikit sebanyak akan menganggu rutin harian kita

TUGASAN SAYA SEBAGAI ADMIN DISINI :

Menjawab panggilan pesakit

Menjawab whatsapp pesakit

mengambil temujanji rawatan

Pengiklanan & promosi

Memastikan pusat rawatan dalam keadaan bersih

Mengemaskini website

Harapan saya agar pesakit yang berhubung dengan saya dapat menjaga adab dan tutur kata dengan baik dan sopan. Moga pesakit yang hadir ke sini mendapat layanan yang terbaik dari kami dan moga cepat sembuh. Aaminn…

Akhir kata dari saya, setiap penyakit ada penawarnya. Kita cuba ikhtiar selebihnya dengan izinnya jua.

Anda ada masalah ? Jom saya bantu anda 🤗

Maklumat Lanjut

Sila tekan butang di bawah