Tabibah Siti Mazidaton Binti Sakiron

Saya Tabibah Siti Mazidaton. Dilahirkan dan dibesarkan di Banting, Selangor. Menerima pendidikan awal di SK&SRA Labohan Dagang Banting dan SAMT. Tengku Ampuan Rahimah Sungai Manggis Banting, Selangor.

Melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam bidang pendidikan.

Telah menceburi bidang rawatan bekam, urut tradisional dan akupuntur sejak tahun 2008 hingga kini.

Memiliki SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA dibawah JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN. Berdaftar dengan KKM dalam bidang Perubatan Tradisional Melayu. Ahli Pertubuhan Pengamal Perubatan Warisan Tradisional Malaysia No. Daftar AS/K-B0000011

Kesihatan merupakan suatu hal yang berharga. Tidak hairan ramai orang yang sangat menjaga tubuhnya agar tetap sihat dan terhindar dari berbagai jenis penyakit. Namun, meskipun sudah berusaha menjaga kesihatan semaksima setiap orang pasti pernah merasai sakit.

Rawatan tradisionalseperti urutan dan berbekam terbukti berkesan dalam membantu untuk merawat pelbagai jenis penyakit dalaman mahupun luaran. Rawatan yang dilakukan secara konsisten dan berterusan berupaya untuk menjadikan kesihatan seseorang bertambah baik dan sihat dengan izin Allah.

Bermula minatnya saya dalam perubatan tradisional Melayu ini apabila diri saya sendirI sukar untuk mendapat zuriat selama 2 tahun perkahwinan. Rawatan di klinik pakar sakit puan telah kami lakukan secara konsisten. Keputusan perubatan saya dan suami didapati sihat tanpa sebarang masalah untuk menimang cahaya mata.

Memandangkan suami saya memiliki kemahiran rawatan alternatif, kami beralih daripada perubatan moden kepada perubatan tradisional. Rawatan bekam dan akupuntur dilakukan secara konsisten oleh suami saya disamping pengambilan ubat homeopathy, Alhamdulillah dengan izinNYA saya dapat merasai nikmat menjadi seorang ibu.

Daripada pengalaman ini saya merasa lebih yakin dengan kaedah perubatan tradisional dapat membantu lebih ramai lagi pesakit yang memerlukan perkhidmatan seperti ini. Yang mana perubatan ini tidak mendatangkan risiko yang tinggi dan tiada kesan sampingan In Sha Allah.

Maklumat Lanjut

Sila tekan butang di bawah