Tabib Ustaz Zainuddin Bin Mohd Khalid At-Tantawiy Al-Azhariy Al-Mudiriy
Saya Tabib Ustaz Zainuddin Selaku Pengurus Pusat Rawatan Warisan Tradisional Klang . Dilahirkan di Batu Kurau, Perak . Dibesarkan di Petaling jaya , Selangor . Mendapat Pendidikan awal di SK & SRA Taman Medan PJ , Madrasan Irsyadiah Ad-Diniah , Bagan Datoh & SAMTTAR , Sg Manggis , Banting selangor .
Melanjutkan Pengajian di Universiti Al-Azhar , Mesir pada tahun 2001 – 2007 dalam Bidang Usuluddin Syukbah Tafsir Wa Ulumihi cawangan Tanta.
Berkecimpung dalam dunia perubatan sejak tahun 2004 hingga kini :
Bekam 2004
Pengubatan Islam 2007
Urutan Badan & Batin 2007
Perubatan Tradisional Melayu 2008
Telah berdaftar dengan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK ) dan telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dalam bidang Perubatan Tradisional Melayu , Menjadi ahli Pertubuhan Pengamal Perubatan Warisan Tradisional Malaysia No Daftar AS/K – B0000009
Tuan Puan Datuk Datin Encik Cik Saudara Saudari yang dikasihi sekalian ,
Ilmu Allah amatlah luas , begitu juga dengan ilmu Perubatan Melayu yang diajarkan oleh datuk nenek moyang turun temurun melalui ilham, pengalaman dan juga kajian . Bagi saya mereka lebih pakar dalam dunia perubatan berbanding ilmu perubatan moden. jika ada penyakit yang sukar diubati dan pelik-pelik dengan izin Allah perubatan tradisional dapat membantu kerana mereka belajar Ilmu Rahsia Alam dan lebih dekat dengan alam berbanting perubatan moden yang lebih kepada ubat-ubatan kimia , jadi tidak hairanlah ramai yang sembuh asbab dengan wujudnya perubatan & petua dari warisan terdahulu .
Seperti mana tuan puan ada membaca artikel pengalaman saya dalam bidang perubatan samada rawatan islam , rawatan tradisional dan juga perubatan alternatif , agak banyak kan ? Tapi secara jujurnya saya dapati Perubatan Tradisional Melayu adalah perubatan yang TERBAIK kerana semua yang ada dalam ilmu Perubatan Alternatif telah pun dipraktikkan dalam ilmu perubatan melayu sejak berkurun lamanya melalui petua , nasihat , pantang larang dan juga herba terpilih . Jadi memang tidak dinafikan lagi Perubatan Tradisional warisan bangsa melayu yang ada pada sekarang dapat membantu lebih ramai pesakit sehingga sembuh .
Alhamdulillah semenjak saya menceburkan diri dalam bidang Perubatan Tradisional Melayu yang dipimpin dan diajar oleh Guru Saya iaitu Tuan Guru Syekh Buya Shamsudin Bin Hj Ismail , saya lebih yakin dan berani untuk berubat pesakit yang rata-rata mereka ( pesakit ) berasa kelainan dan jarang ditemui zaman moden ini .
Walaupun sebelum ini saya merawat pesakit dengan pelbagai kaedah rawatan , namun terdapat juga kelemahan kecil yang memungkinkan pesakit tidak menyedarinya tetapi dalam sudut dalaman hati ini , memang ada serba kurang sehinggalah saya menemui seorang PERAWAT DAN GURU TERAGUNG saya dalam bidang perubatan Tradisional yang mana telah mengamalkan ilmu Perubatan Tradisional ini SEPENUHNYA .
Untuk mengetahui pengalaman kes pesakit saya dengan lebih lanjut , anda boleh baca artikel yang saya kongsikan di halaman sebelah .
Sesungguhnya sebagai perawat tidak mampu untuk menghilangkan penyakit melainkan hanya Allah jua. Kami hanya sebagai medium / perantara sahaja dengan berbekalkan ilmu yang diajarkan , amalan & pengalaman .
Pesakit juga berhak berusaha mencari perawat yang dipercayai untuk dirawat sehingga sembuh .
Segala yang baik & kesembuhan hanya datang dari Allah sebaliknya yg kurang datangnya dari kelemahan diri saya sendiri .
Hampir setiap hari saya mendoakan agar pesakit yg datang kepada saya untuk berubat agar segera sembuh dan kembali normal.
Nasihat saya , jika anda sakit , anda segeralah berubat , berusahalah mencari perawat original & tiada sembang kosong , atau anda boleh hadir ke sini untuk membuat temujanji rawatan . kami akan bantu anda sehabis baik dengan ilmu perubatan & pengalaman yang kami ada .
Selamat dating ke website kami . Mohon baca semua artikel saya , tinggalkan komen , masukkan rate star yang baik-baik .
Sekian terima kasih .
” Berusaha – Berdoa – Bertawakkal “
Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik Di Bawah
Ada banyak artikel yang telah saya sediakan untuk rujukan pesakit & pelawat.