Tabibah Nurhashima binti Shafiee

Nama saya Nurhashima Binti Shafiee dan berasal dari Selama, Perak. Dikenali sebagai Tabibah Shima. Pada awal penglibatan, saya banyak mengikuti suami dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh jemaah Pondok Darul Kifalah.

Saya merupakan ahli Pertubuhan Pengamal Perubatan Warisan Tradisional Malaysia, No. Pendaftaran AS/K-B0000013. Memiliki SKM daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan berdaftar dengan Kementerian Kesiahatan Malaysia (KKM) dalam bidang Perubatan Tradisional Melayu.

Saya pernah menjalani rawatan dengan Tuan Guru Syekh Buya Shamsudin berkaitan penyakit kulit yang dialami sekian lama. Atas nasihat suami, saya dibawa berubat dengan Tuan Guru. Semasa sesi rawatan, ternyata terdapat gangguan saka yang menjadi antara sebab penyakit kulit saya sukar sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH s.w.t. setelah berubat dan mengikuti segala nasihat dan pantang larang, penyakit kulit yang saya alami menunjukkan perubahan positif dan sembuh sepenuhnya sekarang.

Bermula daripada itu, keyakinan saya terhadap ikhtiar dengan perubatan tradisional semakin bertambah. Saya mula berminat dan berkeinginan untuk mempelajari ilmu warisan tradisional melayu yang semakin pupus ditelan zaman.

Alhamdulillah, ramai pesakit yang telah menjalani rawatan urut dan bekam dengan saya memberi maklumbalas yang positif. Saya juga pernah memberi rawatan urut tradisional kepada pesakit strok separuh badan. Pesakit terlantar di hospital selama 23 hari. Dan pihak keluarga terus mendapatkan rawatan urutan strok daripada saya sejurus pulang ke rumah. Sepanjang sesi rawatan pesakit ini, perubahan yang dialami sangat memberangsangkan.  Dalam tempoh tiga minggu rawatan, apa yang saya dapat katakan setiap urutan yang diberi mendapat tindak balas yang positif daripada pesakit. Pesakit mampu bangun dan duduk dengan bantuan ahli keluarga. Pesakit juga mampu untuk mandi di bilik air dengan bantuan ahli keluarga.  Alhamdulillah, dengan izin ALLAH s.w.t banyak perubahan positif yang dialami oleh pesakit tersebut.

Saya berharap dengan adanya ilmu yang sedikit ini dapatlah kiranya saya memberikan manfaat kepada anda di luar sana. Nasihat saya, jika anda ingin berikhtiar dengan rawatan tradisional melayu islam bagi segala jenis penyakit, bersegeralah dapatkan temujanji rawatan kerana segala kesembuhan adalah milik ALLAH s.w.t.

Kepada kaum WANITA di luar sana jika anda ingin sihat luar dan dalam jom dapatkan segera rawatan daripada saya.

Antara rawatan yang saya sediakan adalah:

  1. URUTAN SELURUH BADAN
  2. URUTAN SELEPAS BERSALIN
  3. URUTAN SENGKAK
  4. URUTAN PESAKIT STROK
  5. BERTUNGKU
  6. LULUR BADAN
  7. MANDI HERBA
  8. BEKAM ANGIN
  9. BEKAM DARAH

Maklumat Lanjut

Sila tekan butang di bawah