Tabib Ustaz Muhammad Firdaus Bin Hasmuni

Nama saya ialah Muhammad Firdaus Bin Hasmuni . Berasal dari selangor dan menetap di Klang . Saya digelar sebagai Tabib Ustaz Firdaus , Antara rawatan yang saya lakukan sekarang adalah Bekam sunnah , Urut Tradisional dan Ruqyah Syariah . Serta mempunyai kelulusan dalam Sijil Kemahiran Malaysia dari Jabatan Pembangunan Kemahiran dan telah berdaftar bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Bidang Perubatan Tradisional Melayu.

Perubatan Tradisional Melayu Islam merupakan sebuah sistem perubatan yang luas dan merangkumi pelbagai bentuk perubatan termasuklah dalam merawat penyakit misteri . Amalan perubatan ini turut dibenarkan syarak selagi tidak bercanggah dengan prinsip asas islam dan berteraskan konsep tauhid .

Menceburi bidang Rawatan Tradisional Melayu islam pada mulanya saya hanya sebagai pesakit yang ingin mendapatkan rawatan disini . Akibat terkena gangguan makhluk halus , sihir , santau pada peringkat awal umur lagi menyebabkan kehidupan saya terganggu .

Setelah bermacam tempat dan pelbagai cara saya ikhtiar dengan izin Allah SWT saya dipertemukan dengan Tuan Guru Syeikh Buya Shamsudin Bin Hj Ismail , Selepas menerima rawatan serta bimbingan dari beliau , Alhamdulillah diberikan kesembuhan dari segi rohani dan jasmani . Mula timbul rasa minat dalam dunia rawatan dan sertai perguruan Pondok Darul Kifalah yang diasaskan oleh Tuan Guru Buya .

Pada mulanya hanya sebagai anak murid silat dan jemaah . Setelah diberi tunjuk ajar dan dilatih sekarang dah digelar sebagai Perawat . Atas pengalaman merawat pesakit yang terkena gangguan seperti saka,sihir dan berkaitan dengan makhluk halus selama ni saya ingin memberitahu bahawa penyakit disebabkan gangguan makhluk halus ni bukan lah perkara yang boleh dianggap biasa , kalau tak dirawat dengan kaedah yang betul pada peringkat awal akan lebih memudaratkan dikemudian hari bahkan boleh meragut nyawa dan memberi kesan terhadap ahli keluarga dan orang terdekat . Dengan usaha dan kesungguhan pesakit untuk berubat , ramai dah yang sembuh .

Di fasa masyarakat yang serba moden ni ramai yang tak percaya dan susah nak percaya tentang hal hal ghaib . Sedangkan Nabi Muhammad pernah disihir dan diganggu oleh jin ketika sedang solat . Allah menyatakan bahawa sifat utama orang yang bertakwa adalah beriman kepada perkara ghaib, mendirikan solat dan menunaikan zakat.

Perhatikanlah bagaimana Allah meletakkan keimanan dengan perkara ghaib sebelum kewajipan solat dan zakat. Ini jelas menunjukkan paksi utama agama Islam adalah kepercayaan terhadap perkara ghaib yang datang dalam wahyu.

Tidak semua penyakit itu dapat dikesan secara moden dan fizikal. Terdapat penyakit disebabkan gangguan dan daripada jin yang masuk ke dalam tubuh manusia. Oleh itu hendaklah juga berusaha berubat secara rohani/ ghaib.

Ceritakan masalah anda , saya akan bantu sampai sembuh dengan izin Allah SWT

USAHA , DOA , TAWAKAL

Maklumat Lanjut

Sila tekan butang di bawah