RAWATAN KULIT KAEDAH TRADISIONAL

 

Mari kita lihat jenis-jenis penyakit kulit dan simptom-simptom nya.

  1. Ekzema

Ekzema merupakan penyakit kulit yang disebabkan alergi seperti alergi makanan, ubat-ubatan serta produk kecantikan serta kosmetik.

Bukan itu saja, penyakit kulit ekzema ini juga boleh disebabkan cuaca yang sangat panas dan hormon badan yang tidak stabil.

Antara simptom-simptom ekzema adalah:

  • Berasa sangat gatal walaupun tiada ruam di permukaan kulit
  • Ruam timbul dalam pelbagai bentuk dan kelihatan sangat merah
  • Ruam akan menjadi bernanah dan berair sekiranya dijangkiti kuman
  • Ruam yang timbul akan menebal dan menyebabkan kulit berkerak sekiranya kulit terlalu kering
  • Penyakit ekzema ini boleh dielakkan sekiranya anda menjaga kebersihan tubuh badan anda dan menghindari punca-punca alergi anda.

Tambahan pula, ubat bagi ekzema hanya boleh di dapati dari doktor anda ataupun klinik dan farmasi yang diiktiraf sahaja.

2. Jerawat


Jerawat merupakan salah satu penyakit kulit yang sangat biasa didengari dan sering berlaku pada mereka yang sedang dalam fasa membesar dan juga orang dewasa. Ia berpunca dari hormon reproduktif untuk membantu perkembangan organ reproduktif. Penyakit kulit ini boleh menjadi teruk sekiranya tidak dirawat.

Simptom-simptom jerawat ini berbeza mengikut setiap individu. Antara simptom tersebut ialah:

  • Benjolan keras, besar serta menyakitkan (Nodule )
  • Liang muka terbuka dan menjadi gelap disebabkan udara dan oksidasi (Blackhead)
  • Liang tersumbat (Whitehead
  • Benjolan kecil dan lembut (Papules)Benjolan kecil, lembut dan bernanah (Pustules)Pustules yang besar di bawah lapisan kulit dan menyakitkan (Jerawat sista)
  • Punca utama jerawat disebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan di bahagian muka, sel kulit mati serta liang pori tersumbat.

Namun begitu, anda boleh merawat masalah-masalah ini dengan sentiasa melakukan rutin merawat kulit dengan konsisten menggunakan produk yang sesuai.

Pastikan anda mendapat nasihat doktor atau pakar kulit mengenai keadaan kulit anda serta jenis-jenis produk yang sesuai.

Psoriasis


penyakit kulit
Penyakit kulit psoriasis merupakan penyakit kulit kronik di mana proses pertumbuhan kulit berlaku dengan sangat pantas dan membentuk permukaan tebal berwarna merah serta bersisik.

Selain itu, psoriasis ini merupakan penyakit kulit autoimun di mana punca penyakit ini tidak diketahui.

Namun begitu, ianya bukan lah sejenis penyakit berjangkit kerana ianya bukanlah disebabkan oleh bakteria atau virus berbahaya.

Antara simptom-simptom psoriasis adalah:

Kulit yang sangat kering dan pecah-pecah sehingga berdarah
Rasa gatal dan terbakar pada kulit yang dijangkiti
Mempunyai lapisan kering, nipis dan berwarna putih dan selalu berada di bahagian siku, kulit kepala, dan bahagian bawah punggung.
Walaupun penyakit psoriasis ini tiada penawar, anda boleh mencuba pelbagai kaedah untuk mengurangkan gejala-gejala tersebut.

Melanoma


Penyakit kulit melanoma ini terjadi disebabkan cahaya ultraungu (UV) yang berlebihan yang merosakkan DNA dan menyebabkan kanser kulit. Melanoma merupakan kanser kulit yang paling berbahaya kerana ianya boleh membesar dan merebak ke organ-organ lain dengan sangat cepat.

Selain itu, anda sangat berisiko sekiranya anda mempunyai kulit yang cerah berbanding mereka yang mempunyai kulit gelap. Selain itu, melanoma juga disebabkan oleh faktor genetik.

Simptom-simptom nya adalah seperti berikut:

Tompok atau sakit yang menyakitkan, gatal, atau lembut
Tompok atau sakit yang mula berdarah.
Sakit kulit yang tidak sembuh.
Titik merah rata yang kasar, kering atau bersisik
Benjolan merah yang kukuh dan berdarah atau kelihatan mempunyai ulser atau berkerak.
Perubahan warna, bentuk, atau ukuran tempat atau tahi lalat yang sedia ada.
Segera dapatkan rawatan doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom di atas.

Herpes
penyakit kulit
Herpes boleh di bahagi kepada dua kategori iaitu herpes mulut dan herpes genital.

Ini disebabkan virus yang menjangkiti tubuh melalui luka kecil pada kulit ataupun lapisan mukosa dan virus ini akan kekal di dalam tubuh.

Herpes merupakan penyakit berjangkit dan kebanyakannya terjadi dari hubungan kelamin. Virus ini akan berjangkit melalui perkongsian barang seperti tuala dan berus gigi.

Antara simptom-simptom herpes adalah:

  • Ruam dan kudis berisi air di bahagian luar ataupun dalam bibir
  • Rekahan kulit (ulser) yang sakit
  • Gusi bengkak dan merah
  • Terdapat selaput putih pada lidah
  • Demam
  • Bengkak kelenjar leher
  • Penyakit kulit herpes ini tidak mempunyai penawar, tetapi ubat antivirus dapat membantu menyembuhkan ruam kulit dan
  • mengurangkan jangkitan.
Urtikaria
Sekiranya anda mengalami gatal kulit, membengkak, menebal dan merah, anda berkemungkinan menghidap penyakit kulit urtikaria ini.

Ini selalunya disebabkan alergi ataupun faktor haba dan senaman.

Selain itu, penyakit ini selalunya akan hilang selepas 24-48 jam dan ianya tidak serius seperti penyakit-penyakit kulit lain. Gejalanya boleh dikurangkan dengan ubat antihistamin.

Simptom-simpton urtikaria:

  • Ruam dan gatal pada permukaan kulit tetapi tidak sakit
  • Tekak bengkak dan mengalami kesukaran bernafas
  • Mengalami kebengkakan di bahagian mata dan mulut
  • Kurap
  • penyakit kulit
  • Kurap merupakan salah satu penyakit kulit yang sering dialami oleh kebanyakan orang. Ini terjadi disebakan jangkitan sejenis kulat yang di panggil dermatophyte.

Jangkitan kurap ini boleh berlaku melalui sentuhan sesama manusia ataupun haiwan yang berkurap. Tidak lupa juga barang yang mempunyai kulat di permukaannya.

Antara simptom-simptom penyakit kulit kurap ini ialah:

  • Timbulnya plak kemerah-merahan yang bersisik dan bersisik halus
  • Ruam yang berbentuk seperti gegelang
  • Pastikan anda mendapat rawatan awal di klinik pakar kulit dengan segera untuk memastikan jangkitan kurap ini sembuh dengan sepenuhnya.
Demam Campak (Measles)

penyakit kulit
Demam campak atau juga dikenali sebagai Measles merupakan demam ruam jangkitan virus dan sangat mudah untuk menjangkiti orang lain.

Demam campak ini selalunya menyerang kanak-kanak yang belum mendapatkan suntikan vaksin campak. Namun begitu, ianya juga boleh terjadi terhadap orang dewasa.

Selain itu, virus measles ini juga boleh tersebar melalui batuk dan bersin dari seseorang yang sedang menghidapi demam campak.

Sekiranya, anda mempunyai simptom- simptom dibawah, segera dapatkan rawatan di hospital berdekatan untuk mengelakkannya dari berjangkit kepada orang lain.

Simptom-simptom demam campak:

  • Kurangnya selera makan
  • Rasa letih
  • Demam melebihi 38.5 darjah celcius
  • Batuk
  • Ruam pada kulit atau mulut
  • Lupus
  • penyakit kulit

 

LUPUS

Lupus merupakan penyakit sistem imunisasi di mana ianya tidak melindungi tisu-tisu dan organ-organ tubuh dan menghasilkan antibodi yang menyerang sel-sel tisu yang sihat.

Penyakit lupus ini boleh merosakkan sistem badan seperti sendi, kulit, buah pinggang, otak, jantung, paru-paru serta sel-sel darah.

Namun begitu, penyakit ini bukanlah penyakit yang berjangkit.

Antara simptom-simptom penyakit lupus adalah:

  • Ruam pada kulit
  • Ulser mulut
  • Demam tanpa sebab
  • Kesakitan otot
  • Keguguran rambut
  • Kelenjar bengkak
  • Sensitif kepada matahari
  • Sakit dada apabila bernafas panjang
  • Kesimpulanya, anda haruslah segera mendapatkan rawatan sekiranya anda telah dijangkiti penyakit kulit untuk mengelakkan ia dari menjadi semakin teruk.

 

 

KURSUS BEKAM SUNNAH

Jom tambah pendapatan & rawatan diri serta keluarga dengan mempelajari ilmu rawatan Tradisional kaedah Islam

Sila isi maklumat & kami akan hubungi anda :

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.

Loading

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x