Perubatan Melayu-Islam.

Pengenalan.

   Perubatan Tradisional Melayu-Islam ialah suatu kaedah dan cara rawatan penyakit yang menggunakan bahan alami dan semulajadi beserta bacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa tertentu. Antara yang terkandung di dalam proses Rawatan Tradisional ialah :

 

Bahan Rawatan ;

  • kelapa
  • limau purut / limau nipis
  • halia
  • bawang putih
  • bawang merah
  • minyak kelapa
  • kapur sireh
  • dan bermacam jenis bahan lain berunsur herba dan semulajadi

 

Bacaan Jampi / Ruqyah.

   Manakala proses rawatan dilakukan dengan membaca jampi / ruqyah ( ayat-ayat Al-Quran beserta doa ) yang bersesuaian dengan situasi pesakit. 

   Pada kebiasaannya Perawat Tradisional akan membaca ayat ruqyah / jampi secara perlahan-lahan. Ini adalah kerana adab dengan Allah SWT berdasarkan firman dalam surah al-A’raf ayat 55 yang maksudnya:

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan cara merendahkan diri dan dengan suara perlahan, sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas  ”.

   Manakala Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitab “ al-Fatwa ” berkata; Berkata az-Zarkasyi, “ Menurut sunnah ialah memperlahankan suara pada semua zikir kecuali talbiah ”.

   Rasulullah SAW bersabda “ Wahai manusia! Kasihanilah diri kamu kerana bukanlah engkau menyeru kepada Zat (Tuhan) yang pekak lagi jauh. Sesungguhnya engkau sedang menyeru kepada Zat Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat; Dia sentiasa bersama kamu ” . ( Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah ) .

   Diriwayatkan juga daripada hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: ” Berdoalah ( yakni, memintalah ) di dalam suara yang perlahan samalah timbangannya ( pahalanya atau kefadhalannya ) dengan tujuh puluh kali ganda berdoa di dalam suara yang keras ( yakni, kuat atau lantang ) “.     [Hadith Bukhari dan Muslim] 

   Surah Maryam [ Ayat 3 ] : ( Ingatkanlah peristiwa ) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.

   Surah Maryam [ Ayat 4 ] : Dia merayu dengan berkata: ” Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku dan telah putih melepaklah uban kepalaku dan aku wahai Tuhanku tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu ” .

   Surah Maryam [ Ayat 5 ] : ” Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki ” .

Surah Maryam [ Ayat6 ] : ” Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub dan jadikanlah dia wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai “.

   Surah Maryam [ Ayat 7 ] : (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): ” Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya ” .

 

Kontak Fizikal

   Pada kebiasaannya perawat tidak akan melakukan sebarang sentuhan atau tekanan ke atas tubuh pesakit, kecuali terdapat situasi di mana perlu memeriksa tahap kesakitan seseorang. Kaedah ini dilakukan oleh perawat yang sama jantina dengan pesakit untuk mengelakkan daripada berlaku fitnah atau kejadian tidak baik. Secara amnya dilakukan oleh isteri perawat atau anak muridnya yang dipercayai.

 

Bayaran Rawatan.

   Pada tahun 1970an-1980an ( berdasarkan pengalaman perawat dan penulis ), pesakit yang datang berjumpa dengan dukun, bomoh, pawang, ustaz ( guru mengaji ), imam dan ‘orang masjid’ dengan tujuan untuk meminta Air Penawar atau Limau Mandi tidak akan datang dengan tangan kosong. 

   Setelah selesai proses mendoakan, pesakit akan memberikan ‘hadiah / sedekah ‘ kepada perawat dengan nilai pada masa itu sekitar RM 1, RM 2 atau RM 5 bagi orang yang berpendapatan rendah. Manakala bagi yang berkemampuan akan memberikan jumlah yang lebih besar seperti RM 10 atau RM 20 ringgit.

   Pemberian ini bukanlah ‘wajib’ tetapi sekadar menghargai usaha dan masa perawat tersebut. Bak kata pepatah Melayu, ” Orang berbudi, kita berbahasa “.

Berdasarkan Hadis 1;

  Pada zaman Rasulullah SAW pula, daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah SAW sedang berada dalam perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab. Mereka berharap dapat menjadi tetamu penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; ”Adakah di antara kalian yang boleh menjampi? Kerana ketua kampung kami terkena sengatan binatang. Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada. Sahabat tersebut kemudiannya melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah. Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing. Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada kepada Nabi SAW. Dia pun pulang menemui Nabi SAW. lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasullullah. Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi? Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku.  (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Berdasarkan Hadis 2 ;

   Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; bahawa pada suatu ketika beberapa orang sahabat Rasulullah SAW telah datang ke sebuah perkampungan Arab, akan tetapi penduduk kampung itu tidak menerima kedatangan para sahabat tersebut, tiba-tiba ketua kampung itu disengat ular, (lalu wakil penduduk kampung berjumpa dengan para sahabat tersebut) dan bertanya: Adakah kamu mempunyai ubat penawar sengatan ular atau adakah di antara kalian ahli perubatan?, para sahabat menjawab: Kalian telah tidak menerima kedatangan kami di kampung ini, kami tidak akan melakukannya sehingga kalian membayar upah untuk kami. Akhirnya mereka berjanji akan memberikan beberapa ekor kambing sebagai upahnya. Kemudian salah seorang sahabat membaca Surah al-Fatihah, kemudian mengeluarkan sedikit ludah (diletakkan di bahagian sakit), dengan serta merta ketua kampung sembuh, kemudian mereka membawa kambing-kambing kepada para sahabat. Para sahabat tersebut berkata: Jangan kita ambil upah ini, sehingga kita bertanya kepada baginda Rasulullah SAW, kemudian mereka menanyakannya, lalu Rasulullah tersenyum dan berkata: Ketahuilah bahawa Surah al-Fatihah itu adalah ubat penawar, ambillah upah itu dan bagi aku sedikit.    (Hadis riwayat Imam Bukhari)

Berdasarkan Riwayat;

   Diceritakan kisah serombongan sahabat Rasulullah SAW bermusafir hingga sampai di sebuah perkampungan. Mereka meminta untuk menjadi tetamu penduduk kampung, namun orang kampung tidak bersedia. Mereka (para sahabat) berkhemah di luar kampung tersebut. ditkdirkan Allah SWT , penghulu kampung dipatuk ular. Satu riwayat menyebut terkena gangguan jin. Mereka lalu datang meminta pertolongan sahabat untuk merawat sakit tersebut. Seorang Sahabat menyahut bersedia untuk merawat (menjampi). Namun beliau mensyaratkan agar dibayar sebanyak 30 ekor kambing. Apabila orang kampung bersetuju maka beliau pun merawat dengan mebacakan surah al-Fatihah. Lelaki tersebut sembuh. Sahabat tersebut diberikan 30 ekor kambing seperti yang dijanjikan. Sahabat itu ingin mengagihkan hasil yang diperolehinya dariapa merawat tetapi para sahabat yang lain menolak sehinggalah dijelaskan hukumnya oleh Nabi SAW. Apabila tiba di Madinah Nabi SAW menyetujui apa yang dilakukan oleh sahabat tersebut. Baginda bersabda: “Bagaiamana kamu tahu bahawa surah Fatihah itu adalah satu jampi? Agihkan kambing tersebut dan berikan kepadaku satu bahagian.

|Kesimpulan Hadis & Riwayat|

1. Hukum upah rawatan adalah HARUS.

2. Secara umumnya Surah al-Fatihah boleh digunakan untuk rawatan semua jenis penyakit.

|Perihal Upah Rawatan|

   Dari hadis-hadis dan riwayat yang disebutkan, hukum upah untuk rawatan sakit adalah harus. Dalam kes di atas, hanya dengan membaca Fatihah untuk rawatan sakit patukan ular atau gangguan jin, upahnya ialah 30 ekor kambing. Jika dinilai pada hari ini lebih dari RM15 ribu (30 ekor X RM500). Justeru itu tidak salah bagi perawat mengambil upah atau mengenakan bayaran tertentu untuk rawatan pesakit mengikut persetujuan dua pihak (perawat dan pesakit).

   Adalah wajib pesakit membayar bayaran yang telah dipersetujui dan haram jika pesakit enggan menjelaskan bayaran tersebut. Jika perawat telah menyatakan atau mempamerkan upah harga rawatan, wajib pada pesakit membayar mengikut harganya. Namun, jika tiada apa-apa perjanjian atau persetujuan mengenai jumlah bayaran, maka terpulang kepada pesakit untuk memberi seberapa yang termampu (biar berpadanan dengan rawatan).

|Pendapat Ulamak berkenaan Upah Bayaran|

1.Berkata Ibn Qudamah dalam kitab Al-Mughni:
Adapun mengambil upah rukyah (menjampi) maka Imam Ahmad memilih qaul yang mengatakan HARUS dan beliau sendiri mengatakan TIDAK MENGAPA

2. Kata Ibn Hazam dalam kitab Al-Mahalli:
Upah rukyah (menjampi) adalah HARUS

3. Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti dalam kitab Feqh As-Sirah:
Malik, Syafie, Ahmad, Ishak dan Abu Thaur berpendapat HARUS MENGAMBIL UPAH RAWATAN, manakala Abu Hanafiah memperincikannya iaitu HARAM MENGAMBIL UPAH BAGI MENGAJAR AL-QURAN dan HARUS PULA UNTUK MERUKYAH.

|Tujuan Upah Masa Kini|

1.Upah dikenakan kerana penggunaan MASA, TENAGA dan KEPERLUAN AM untuk merawat seperti KENDERAAN, SEWA BANGUNAN, BAYARAN PEMBANTU dll.

2.Risiko perawat diserang balas oleh BOMOH, JIN dan penyakit tekanan melampau akibat merawat seperti Demam, Strok dan sebagainya amat TINGGI. Siapa pula yang HARUS membayar kos merawat untuk perawat jika perawat pula yang SAKIT?

3.Adapun merawat penyakit gangguan kebiasaannya mengganggu masa tidur perawat. Bila tak cukup tidur, tentu akan menjejaskan kesihatan. Sewaktu sakit, perawat tidak berupaya merawat dan hilang sumber pendapatan. Siapa pula yang akan menanggung kos sara diri dan keluarga perawat?

Hadist Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu bahwasanya ia berkata :

احْتَجَمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَعْطَى الَّذِي حَجَمَهُ وَلَوْ كَانَ حَرَامًا لَمْ يُعْطِهِ

“ Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berbekam dan beliau memberi upah kepada orang yang membekam beliau. Seandainya upah bekam itu haram, tentu beliau tidak akan memberikan padanya.”

(HR Bukhari dan Muslim) 

 

Untuk arti yang pertama bahwa upah juru bekam haram, tidaklah tepat, karena bertentangan dengan hadist Rafi’ bin Dujaid di atas bahwa Rasulullah shalallahu ‘alahi wassalam memberikan upah kepada orang yang  membekamnya. Begitu juga bertentangan dengan kaidah fiqh yang menyebutkan bahwa apa yang dihalalkan syariah, pasti dihalalkan juga harganya atau penghasilannya, sebagaimana yang diisyaratkan oleh Rasulullah shalallahu ‘alahi wasallam ketika beliau bersabda :

 إَنَّ اللهَ إذا حَرَمَ شَيْئًا حَرَمَ ثَمَنَهُ

“Sesungguhnya jika Allah mengharamkan untuk mengkonsumsi sesuatu, Allah pasti juga mengharamkan jual-belinya.” (HR. Ahmad diriwayatkan dari Ibnu Abbas)

Hadist di atas menunjukkan sebaliknya bahwa jika Allah menghalalkan sesuatu, maka dihalalkan juga hasilnya.

 

Berubat / Mendapatkan Rawatan.

   Dalam sebuah hadis yang panjang dalam menceritakan perihal Uwais bin ‘Amir Al-Qarani, Rasulullah SAW berkata kepada Saidina Umar r.a :

 فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ

Sekiranya kamu mampu untuk meminta dia (Uwais Al-Qarani) beristighfar (mendoakan keampunan) buat diri kamu maka lakukanlah” .      ( Riwayat Muslim – 2542 )

 

   Begitu juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a  beliau berkata:

أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ ـ رضى الله عنه ـ كَانَ إِذَا قَحَطُوا اسْتَسْقَى بِالْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا فَتَسْقِينَا وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا‏.‏

Umar bin Al-Khattab apabila berlakunya kemarau meminta kepada Abbas bin Abd al-Muthalib untuk meminta hujan (kepada Allah). Lalu Umar berkata: ‘’  Ya Allah, kami dahulunya bertawassul kepada-Mu dengan Nabi kami lalu Kau menurunkan hujan kepada kami. Sesungguhnya sekarang kami bertawassul dengan bapa saudara Nabi kami maka turunkanlah hujan kepada kami  ’’.  ( Riwayat Al-Bukhari -1010 )

 

   Riwayat di atas menunjukkan bahawa Saidina Umar menjadikan doa orang soleh iaitu Al-Abbas bin Abd al-Muthalib sebagai wasilah ( perantaraan ) antara dirinya dengan Tuhan. Dari sudut Saidina Umar meminta kepada Al-Abbas agar berdoa kepada Allah supaya hujan diturunkan.

   Rasulullah SAW menyebutkan bahawa orang yang mendoakan kebaikan kepada saudara Muslim yang lain tanpa pengetahuannya, dia juga akan mendapat doa Malaikat:

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

   Daripada Abi Dardaa r.a, Rasulullah SAW bersabda: ”  Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya ( sesama muslim ) yang berjauhan ( tanpa pengetahuannya ), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: ” Dan bagimu kebaikan yang sama ” .  ( Sahih Muslim – 4912 ) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. 

 

   Maka, doa seorang Muslim kepada Muslim yang lain tanpa diketahui sahabatnya lebih mustajab.

Daripada Safwan bin Abdillah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

“  Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu )  ”.    ( HR Muslim -4914 ) .

   Dalam Syarah Muslim, yang dimaksudkan dengan kalimah    “ظهر الغيب”    dalam hadis ini adalah ketika orang yang didoakan itu tiada ataupun berdoa kepadanya secara diam-diam (tanpa pengetahuannya). Cara ini akan menimbulkan atau meningkat tahap keikhlasan kita ketika berdoa.

    Kalimah   “مثل”   pula bermaksud seperti yang didoakannya ( dia juga akan dapat doa yang sama daripada Malaikat ) .

   Hal ini menunjukkan kelebihan berdoa kepada saudara muslim secara diam atau sembunyi. Walaupun yang didoakan itu adalah sekumpulan kaum muslimin maka dia akan memperoleh kelebihan didoakan yang sama oleh malaikat dan kemustajaban doa ( Allah SWT memakbulkan doanya ) .

   Disebabkan itu, sebahagian salaf, jika mereka ingin mendoakan kepada dirinya, mereka akan berdoa kepada saudaranya muslim secara sembunyi kerana ia adalah mustajab dan mereka akan memperolehi yang sama seperti yang didoakan itu.    (Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 17/49)

إِنَّ اللهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ  

Innallaaha laa yughayyiru maa biqaumin hattaa yughayyiruu maa bi anfusihim. 

”  Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri ” .

   Dalam kitab Anwarut Tanzil wa Asrarut Ta’wil, Imam Baidhawi juga menyatakan:   

إِنَّ اللهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ من العافية والنعمة. حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ من الأحوال الجميلة بالأحوال القبيحة   

“  Sesungguhnya Allah tidak mengganti sesuatu yang ada pada kamu dari kesehatan dan kenikmatan sampai mereka mengubah dengan individu mereka dari keadaan yang baik dengan keadaan yang buruk ” .  ( Al-Baidhawi, Anwarut Tanzil wa Asrarut Ta’wil, [ Daru Ihyait Turats al-Arabi: Beirut ], juz 3, hal. 183 )   

   Terdapat hadis yang menyatakan bahawa Allah SWT akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan antaranya: Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya:

“  Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar ”  .                                          (  Riwayat al-Bukhari -5678 )

   Daripada Anas bin Malik r.a, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya:

“  Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka, berubatlah kamu  “.                       ( Riwayat Ahmad -12596)[Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadis ini sebagai sahih li ghairihi]

   Daripada Abi Darda’ r.a, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya:

“  Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda yang haram ”  .  ( Riwayat Abu Daud -3874 ) [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadis ini sebagai sahih li ghairihi]

   Di dalam sebuah hadith yang lain pula: Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya:

“  Nabi melarang daripada berubat dengan ubat yang kotor  ”  . ( Riwayat Ahmad – 8048)                                        [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah hasan]

حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ مَعْرُوفٍ وَأَبُو الطَّاهِرِ وَأَحْمَدُ بْنُ عِيسَى قَالُوا حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي عَمْرٌو وَهُوَ ابْنُ الْحَارِثِ عَنْ عَبْدِ رَبِّهِ بْنِ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
”  Telah menceritakan kepada kami Harun bin Ma’ruf dan Abu Ath Thahir serta Ahmad bin ‘Isa mereka berkata; Telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb; Telah mengabarkan kepadaku ‘Amru, yaitu Ibnu al-Harits dari ‘Abdu Rabbih bin Sa’id dari Abu Az Zubair dari Jabir dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda;
 
”  Setiap penyakit ada obatnya. Apabila ditemukan obat yang tepat untuk suatu penyakit, akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah ‘azza wajalla  “  .     (HR Muslim).
 

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ الزُّبَيْرِيُّ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ أَبِي حُسَيْنٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

”  Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin al-Mutsanna telah menceritakan kepada kami Abu Ahmad Az Zubairi telah menceritakan kepada kami ‘Umar bin Sa’id bin Abu Husain dia berkata; telah menceritakan kepadaku ‘Atha`bin Abu Rabah dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda;

”  Allah tidak akan menurunkan penyakit melainkan menurunkan obatnya juga ” .     (HR Bukhari).

كُنْتُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَجَاءَتِ اْلأَعْرَابُ، فَقَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَنَتَدَاوَى؟ فَقَالَ: نَعَمْ يَا عِبَادَ اللهِ، تَدَاوَوْا، فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ لَهُ شِفَاءً غَيْرَ دَاءٍ وَاحِدٍ. قَالُوا: مَا هُوَ؟ قَالَ: الْهَرَمُ

“  Aku pernah berada di samping Rasulullah, Lalu datanglah serombongan Arab Badui. Mereka bertanya; ‘ Wahai Rasulullah, bolehkah kami berobat?  ‘ Beliau menjawab;  ‘  Iya, wahai para hamba Allah, berobatlah. Sebab, Allah  tidaklah meletakkan sebuah penyakit melainkan meletakkan pula obatnya, kecuali satu penyakit. ‘ Mereka bertanya;  ‘ Penyakit apa itu? ‘  Beliau menjawab; ‘ Penyakit tua’  .”     (HR Ahmad). 

 

Berdoa dalam Bahasa Ibunda / Tempatan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“  Dari ‘Auf Ibn Malik, katanya; Dahulu kamu melakukan jampi di zaman jahiliah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini?  Beliau bersabda: Perlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu itu. Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal-hal syirik  ”  .  (Hadith Riwayat Muslim)

 

Sakit Adalah Suatu Ujian Daripada Allah SWT.

   Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT tidak akan terlepas daripada terkena ujian. Ada di antara mereka yang diuji dengan kesakitan, kesusahan hidup, kematian dan sebagainya berdasarkan kepada tahap mereka.

   Antara tujuan utama Allah SWT menimpakan ujian kepada hamba-Nya adalah untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang baik amalannya. Firman Allah SWT maksudnya:

“ Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya” .      Al-Mulk: 2.

 

Loading

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x