PENYAKIT ASTMA

Apa itu penyakit asma?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua mengetahui tentang definisi sebenar penyakit ini terlebih dahulu.

Buat anda yang mungkin belum tahu lagi, asma (lelah atau semput) adalah satu keadaan di mana aliran udara yang masuk dan keluar terhad.

Ia adalah satu keadaan yang kronik kerana boleh menyebabkan sistem pernafasan terganggu dan sehingga kini masih belum ada penawar untuknya.

Akan tetapi, ia boleh diurus dan dirawat dengan menggunakan alat bantuan pernafasan lazimnya inhaler untuk kehidupan yang lebih normal dan sihat.

Sekiranya ia berlaku kepada anda, berikut merupakan antara simptom-simptom yang wajar diperhatikan:

Kerap batuk dengan kronik
Sering rasa sesak nafas
Selalu rasa sesak dada
Bunyi berdehit, bersiul atau berderit ketika sedang bernafas
Sukar untuk tidur kerana batuk yang kronik

Menurut statistik, dianggarkan kira-kira 300 juta individu di seluruh dunia menghidap penyakit berbahaya ini.

Jika anda adalah salah seorang daripadanya, sila teruskan pembacaan artikel ini untuk informasi lebih lanjut.

Apa punca penyakit asma?
Pakar masih belum dapat mengetahui punca penyakit asma yang utama namun ada beberapa faktor pencetus yang boleh menyebabkan atau membuat ia bertambah teruk iaitu:

Alergen dari habuk, debu, debunga tumbuhan, bulu binatang dan lain-lain
Perengsa seperti asap rokok, bahan kimia atau sebarang bentuk pencemaran udara
Jangkitan virus saluran nafas seperti selesema
Sulfit yang terdapat dalam makanan dan minuman tertentu
Ubatan tertentu seperti aspirin
Aktiviti fizikal termasuk senaman
Dalam pada itu, ia mungkin didalangi oleh beberapa faktor risiko seperti:

Genetik
Sejarah keluarga
Jangkitan virus saluran pernafasan
Alahan terhadap unsur tertentu
Merokok
Obesiti
Pencemaran udara
Pendedahan di tempat yang kurang aliran udara

Buat masa ini, tiada sebarang rawatan khusus untuk merawat asma tetapi anda boleh menguruskan simptom-simptomnya dengan mengambil ubat dan mengubah gaya hidup anda.

Ini termasuklah mengambil ubatan, mengelak pencetus dan sentiasa pastikan bahawa kalian sering membawa inhaler ke mana sahaja anda pergi.

Dengan mengamalkan tip-tip ini, anda pasti boleh:

Bernafas dengan baik
Melakukan lebih banyak perkara yang anda ingin lakukan
Mempunyai simptom-simptom asma yang kurang kronik
Pun begitu, serangan asma boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja dan kadangkala kita sendiri tidak tahu cara untuk mengawalnya angkara rasa panik.

Jadi, apa yang perlu dilakukan sekiranya perkara sebegini terjadi kepada anda? Ikuti petua berikut:

Cuba untuk tidak panik
Duduk tegak dan elak bongkok
Segera gunakan inhaler (jika ada)
Hubungi talian kecemasan segera

Loading

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x