Kursus Rawatan dan Perubatan Melayu.

Pihak Pondok Darul Kifalah bersama dengan Persatuan – berusaha mengumpulkan individu yang berminat untuk menjadi perawat atau hanya sekadar mencari pengetahuan dalam bidang Perubatan Tradisional khususnya Ilmu Perubatan Melayu – Islam.

Oleh itu disediakan beberapa kursus awalan dan lanjutan bagi yang berminat untuk mencari ilmu serta kefahaman yang baik.

Terdapat juga kursus yang dianjurkan berpandukan Buku dan Kitab yang telah dikarang oleh Tuan Guru Syekh Buya Shamsudin b Haji Ismail.

Kursus ini dikendalikan sendiri oleh tuan Guru Syeikh Buya Shamsudin b Haji Ismail. Beliau berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui penulisan dan kursus tersebut.

Setiap ahli perawat di bawah naungan Pondok Darul Kifalah telah mengikuti dan belajar terus daripada Tuan Guru Syekh Buya Shamsudin b Haji Ismail.

Kini telah lahir perawat profesional, amatur dan pelapis baru bagi setiap bidang rawatan Tradisional Melayu di bawah Pondok Darul Kifalah dan Persatuan-.

Bagi peserta yang mengikuti siri kursus ini akan diberikan Sijil Kehadiran sebagai bukti telah mempelajari bidang tertentu yang disahkan oleh Tuan Guru sendiri.

Bagi individu yang berminat untuk menyertai Persatuan- boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi borang permohonan. Terdapat proses tapisan dan saringan serta aku janji sebelum diterima sebagai ahli persatuan.

Loading

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x