HOMEOPATHY

APA ITU HOMEOPATHY ?

HOMEPOPATHY

Homeopati adalah suatu jenis perubatan alternatif yang dipelopori oleh Samuel Hahnemann pada abad ke-18. Teori dasar di balik teknik sebegini adalah bahawa orang sakit boleh disembuhkan dengan menggunakan kesan pantulan bahan yang menghasilkan gejala sakit pada orang sihat.

Homeopathy adalah proses di mana sesuatu yang boleh menyebabkan penyakit, mendatangkan apa jua masalah dan menyebabkan symptom sesuatu penyakit, penyebab dan bahan tersebut boleh diproses dan dijadikan penawar atau remedi bagi mengubati penyakit yang timbul akibat reaksi bahan racun tersebut.

Sebagai contoh, kesan menghidu atau memakan bawang merah boleh menyebabkan kita mendapat simpton bersin, mata dan hidung berair. Oleh itu, bawang merah ini jika diproses dan di ambil tenaganya akan menjadi penawar atau remedi yang mujarab bagi masalah selesema, mata dan hidung berair.

Kesimpulannya, segala bahan dan penyebab penyakit apabila tenaga bahan dan penyebab penyakit tersebut diambil, maka ia akan menjadi penawar.

Pepatah melayu ada mengatakan bahawa bisa ular boleh menjadi penawar kepada orang yang terkena patuk ular.

PRINSIP HOMEOPATHY

  • Semua penyakit ada ubatnya.
  • Penyakit yang berpunca daripada keracunan, penyelesaiannya ialah berubat dengan menggunakan tenaga “racun” yang serupa.
  • Kaedah menerbitkan tenaga ubat daripada racun melalui proses potentisasi atau triturasi.
  • Pengilangan ubat-ubat homeopathy berasaskan salah satu atau kedua-dua kaedah tersebut.

    REMEDY HOMEOPATHY

    Remedi yang paling tepat dapat ditentukan dengan membandingkan kesamaan simptom penyakit dengan simptom remedi. Remedi homeopatihy berasal daripada pelbagai punca seperti:

    • ALAM TUMBUHAN- sebilangan besar remedi homeopati berasal daripada alam tumbuhan.

    • ALAM HAIWAN- racun-racun haiwan. berbisa seperti ular dan serangga berbisa.

    • ALAM KIMIA – terdiri daripada unsur, sebatian (asid, bes, garam) dan mineral.

    Apabila remedi yang tepat berasaskan simptom diberikan pada kekuatan atau potensi yang sesuai bagi mengatasi masalah penyakit, maka akan sembuhlah penyakit berkenaan dengan izin Allah S.W.T..

    Haruslah diingat, dalam keadaan tubuh bergerak menuju kearah kesembuhan daripada gangguan penyakit, akan berlaku sedikit tindakbalas simptom. Tindak balas simptom ini bukanlah kesan sampingan dan hanya bersifat sementara. Malahan, ia tidak membahayakan.

    Ini menunjukkan bahawa remedi yang diambil adalah bersesuaian dan sedang bekerja menghilangkan penyakit daripada tubuh itu. Ianya juga dikenali sebagai krisis penyembuhan (healing crisis). Pesakit dinasihatkan supaya bersabar dan meneruskan makan ubat sehingga penyakit benar-benar sembuh.

    DEFINISI VITAL FORCE (KUASA HAYAT)


Dalam keadaan sihat, vital force yang bersifat ruhani menggerakkan organisma/material agar menduduki di tempat (maqam) tertinggi. Ia berfungsi mempertahankan pancaindera & aktiviti-aktiviti semua bahagian agar organisma dapat hidup dalam keadaan harmonis yang menjurus kepada ketakjuban. Lantas kuasa ruhaniah yang menduduki organisma tersebut boleh dengan bebas menggunakan jasad yang sihat untuk mencapai matlamat unggul kewujudan manusia.

PERKEMBANGAN HOMEOPATHY


Oleh kerana kemujaraban dan keberkesanan dan selamatnya sistem ini, Homeopathy berkembang maju ke seluruh dunia. Semakin ramai mula berjinak-jinak dengan perubatan homeopathy dan memilih perubatan ini sebagai perubatan alternaltif kepada sistem perubatan konvensional yang menggunakan dadah dan streoid. Semakin ramai juga doktor-doktor konvensional mempelajari dan mengamalkan perubatan Homeopathy. Perubatan Homeopathy juga sudah diiktiraf oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

PENGASAS HOMEOPATHY

Pengasas perubatan Homeopathy, Samuel Hahnemann, telah dilahirkan di Meissen berhampiran Dresden, Jerman pada 10 April 1755. Beliau mendapat ijazah perubatannya pada tahun 1779. Ketika berkhidmat sebagai doktor di beberapa buah bandar, Hahnemann tidak lupa memahirkan diri dengan mempelajari pelbagai jenis bahasa, baru dan lama, dan juga ilmu kedoktoran silam. Selain daripada menjadi seorang doktor, beliau juga terkenal sebagai pakar kimia, ahli mineralogi dan botani, malah beliau boleh dianggap sebagai seorang ahli sains yang serba berkebolehan.

Berdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian Hahnemann ke atas sistem rawatan pada masa itu dan yang terdahulu, beliau begitu tertarik kepada tindakbalas ubat-ubatan di dalam menyembuh penyakit. Kajiannya tertumpu kepada kesan kulit pokok Cinchona (kulit kayu Quinine atau Peruvian) ke atas penyakit malaria kerana penyakit berkenaan merebak luas ketika itu dan antara yang paling merbahaya.

Walaupun ada penulisan di masa itu berhubung kuasa penyembuhan kulit pokok Cinchona, tetapi Hahnemann tidak begitu berpuas hati dan mengambil keputusan untuk membuat ujian sendiri ke atas manusia yang sihat – iaitu dirinya sendiri. Hasilnya, selepas mengambil jus kulit pokok berkenaan secara berterusan, beliau mendapati simptom (gejala) malaria pada dirinya seperti kesejukan, panas dan berpeluh serta gejala sampingan lain.

Dengan lain perkataan, kulit pokok Cinchona yang digunakan sebagai penawar (ubat) untuk menyembuhkan malaria juga memberikan kesan (gejala) yang sama jika diberikan secara berterusan kepada manusia yang sihat.

Penemuan prinsip rawatan ini yang dipanggil “Similia Similibus Curentur” di dalam bahasa Latin atau “sesuatu yang serupa menyembuhkan yang serupa” menandakan permulaan satu falsafah perubatan baru yang akan membawa kesan besar kepada dunia perubatan.

Kajian demi kajian telah dilakukan oleh Hahnemann bersama teman seperjuangannya dan akhirnya beliau berjaya membukukan falsafah perubatan Homeopathy di dalam bukunya yang terkenal bertajuk “Organon”, dan diikuti kemudian dengan terbitnya buku panduan perubatan Homeopathy pertama “Materia Medica Pura”.

Kemajuan Homeopathy berjalan dengan pesat dengan banyak lagi penemuan baru dan penerbitan buku-buku panduan, dan telah berkembang ke serata dunia dan terus dipopularkan sebagai rawatan alternatif penting hari ini.

Hahnemann meninggal dunia di Paris pada tahun 1843 dengan meninggalkan mutiara yang amat berharga, satu falsafah dan kaedah rawatan yang begitu banyak bermanfaat kepada kesihatan manusia sejagat sepanjang zaman.

 

SEBARANG INFO MENGENAI PERUBATAN SILA PILIH ICON DIBAWAH ATAU ISI BORANG :

 

 

 

KURSUS BEKAM SUNNAH

Jom tambah pendapatan & rawatan diri serta keluarga dengan mempelajari ilmu rawatan Tradisional kaedah Islam

Sila isi maklumat & kami akan hubungi anda :

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.

Loading

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x